Assalamualaikum...

Kiranya sudah tersangat lama aku tidak menulis sesuatu, maklumlah sejak pandai FB nie bab tulis menulis nie aku jadik terkurang~

Selepas je dari konvokesyen aku kat UNISZA bulan 7 tahun lepas, sebagai orang kuat USAHAWAN kat UNISZA tu (kuat la sangatkan) aku memang bercita-cita nak jadi usahawan makanya aku dengan adik ZUL (red land)~gediks!.....pun mula la berpikir2, bisnes ape yang kitaorang bley buat??dengan modal yang xda sesen pun!

Sebelum aku nak teruskan (pasal nak jadi usahawan nie) aku nak story mory sedikit2 cerita aku sebelum konvokesyen @ hari2 terakhir di UNISZA. Hari terakhir merupakan hari yang paling sedey buat aku (aku kalu menulis mesti ada cerita sedeh, cr publisiti ker?) kerana selama itulah aku hidup dalam keterbuangan...maklumlah dah nak expired same nak..haha

Hari2 terakhir aku masih lagi bersama fantastic 4 yang xperlu dinyatakan..terus mencipta kenangan manis terakhir bersama-sama, susah sebenarnya nak melupakan fantastic 4 ini kerana setiap detik, langkah,peristiwa dan life aku kat UNISZA itu pasti tidak lekang dengan kehadiran mereka..,kehadiran mereka will makes kafe riuh,haha..kafe sendiri..

Okey2..terus kepada cita-cita aku tadi..akhirnya kami mendapat ilham untuk..jeng,,jeng..MENJUAL BUNGA SEGAR SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN mana2 ipta/ipts seluruh negara..hahahaha, Modal camner?ringkas citer pinjam kat ayah aku!

Berjayakah aku??ALhamdulilah sangat2 berjaya dalam masa setahun banyak jugak IPTA yang aku dah pergi dan sangat best bile dapat pegang duit banyak2..tahu x?IPT yang first kitaorg start adalah UNIMAP then KIPSAS then KUIN then UUM then UNISEL then UITM PERAK then UITM PERLIS then UITM DUNGUN then KOLEJ PERTANIAN dan KOLEJ KEJURURAWATAN SRI MANJUNG PERAK.

Korang tawu ape2 cita2 aku? haha nak jual bunga di UNISZA jugak...dalam masa aku jual bunga ni jugak la aku terus melebarkan sayap dengan menjadi PEMBEKAL BUNGA SEGAR, TEDDY BEAR dan menawarkan perkhidmatan KATERING, PELANCONGAN, PENGURUSAN ACARA dan MENJUAL DINAR EMAS. Aku sangat sayang biz dan partner aku!

Tiba2 aku dapat tawaran menjadi pendidik(cekghu) sebab aku gatai p apply KPLI...kalau aku jd cikgu, business mcm mane? xnak la jdi cikgu....Tp aku turutkan jua dek mama dan ayah yang tersangat gembira bila taw aku dah dapat keje tetap..Aku rela kan diri, ikhlaskan hati untuk menjadi pendidik anak bangsa TP xbermakna aku tinggalkan business aku kerana KEUSAHAWANAN adalah Integriti usahawan bermaruah inspirasi insan terbilang (aku nak jd terbilang)huhu...

So, hari isnin 21 Februari 2011 nie aku akan mula melangkah untuk menjadi pendidikan yang GARANG!!!huhu..tidaklah..aku nak jadi abg yang penyayang kepada adik-adik ini...XSIAP KEJE SKOLA SIAP!!Kalau aku sempat, aku citer kat korang ape jd pada aku nant...haha..C YA>..