semesti dan pastinya aku sangat ingin cepat habis belajar..sudah rasa penat, walaupun semakin belajar, semakin rasa kurang berilmu....tapi aku tetap ingin segera habis....

seterusnya ingin meneruskan perjuangan untuk menjadi pengamal undang2 dan buat bisnes yang pastinya memberi pulangan yang besar tapi bagi aku keuntungan bukan matlamat akhir bagi seorang usahawan yang benar-benar ingin mengelarkan diri mereka sebagai usahawan.

pastinya..aku berdebar untuk mengharungi detik-detik untuk menempuhi alam pekerjaan yang kian sukar dan penuh dengan liku dan cabaran...memikirkan soal ini, kadang2 aku menjadi takut untuk menghadapinya..

sedihnya, bila aku rasa tidak puas hati dengan ape yang sudah aku pelajari..terasa kosong tanpa pengisian..sedapkan hati(mungkin sibuk kot)

detik yang paling takut untuk diharungi ialah perpisahan....

entahlah, sukar untuk digambarkan perasaan aku saat dan ketika ini, semuanya bercampur baur...banyak persoalan muncul, banyak tanggungjawab yang digalas, banyak hati perlu dijaga, setiap pergerakan perlu dijaga, musuh dengki semakin ramai, semuanya serba tak kena.....

cuba memahami-----ini saja yang aku mampu minta tatkala ini, harap semua faham akan situasi, jangan terlalu mendesak kerana terlalu banyak perkara yang harus aku fikir...banyak pula tugasan yang perlu diselesaikan...sebagai pemimpin itu sudah menjadi kewajipan aku..tapi apa salahnya kalu cuba faham apa situasi yang sedang berlaku....cuba faham, itu sahaja...