fuhh..penat dengan meeting..hari khamis,jumaat dan sabtu pulak penuh dengan aktiviti hinggakan terpaksa korbankan waktu belajar..ape nak jadi ea?hinggakan waktu belajar pun turut jadi mangsa untuk menunaikan amanah yang telah ditaklifkan?takut sangat rasa..takut xdapat kekalkan pencapaian pointer yang lepas..otak nie selalu je berfikir pe yang nak kene wat seterusnya..seterusnya dan seterusnya..selepas test berganti test..program berganti program..bersama dengan itu jugaklah aku rase semakin jauh dengan rakan2 se"kos" ku..jauh sangat, kadang2 kelihatan mereka sudah macam tidak mengenali aku lg..mujurla kakak2 aku yang disayangi masih menyimpan sedikit ruang untuk meletakan nama aku dalam ingatan mereka..mereka sahaja tempat aku bertanya khabar tentang pelajaran, kadang2 dah mcm PA aku plak..sian mereka tapi mungkin ada ganjaran Allah pada mereka kelak...itu dari sudut pelajaran..dari sudut persatuan,aku terpaksa berhadapan dengan rakan2 seperjuangan yang terlalu banyak kerenah dan pelbagai ragamnya..aku harus sabar dan belajar untuk berhadapan dengan kepelbagaian itu semua..bukan semua rakan seperjuangan boleh memahami pe yang cuba nak disampaikan..bukan semua..tapi semua itu boleh dipupuk melalui proses pengalaman dan pengamatan serta pengorbanan..ya allah jangan cakap tentang jawatan dan bermegah denganya,sesungguhnya berat tanggungjawab untuk dilaksanakan,jgn mudah menunding jari mencari salah pemimpin kalu anda tidak mengetahui bebanan yang harus dipikul..tapi sebagai pemimpin memang itulah yang selayaknya baginya kerana kesudian dan kerelaan menerima tanggungjawab dan amanah itu dahulu..tapi biarlah penat..apa ada pada penat??selagi allah memberi kudrat akan ku teruskan perjuangan ini..kerana perjuangan aku itu belum selesai..banyak lagi ruang kekosongan ini harus di isi..cuma apa yang diharapkan teman persejuangan memahami...maaf!!