Alahai...penyakit baru dh mula menyerang aku...sudah banyak vitamin yang aku telan tapi penyakit tu masih suka dan sayang pada aku..aku juga sudah jumpa pelbagai jenis bomoh untuk merawat penyakit aku tetapi ternyata semuanya menjadi sia-sia aku telah disahkan menghidap penyakit ini..aku sudah bagitau pada mama dan ayah tapi mereka sekadar menggelengkan kepala kerana mereka tau yang aku mampu untuk melawan dengan penyakit yang sedang aku hidapi kini..tapi aku merasakan yang aku makin lemah dan tidak kuat untuk terus menghadapi dugaan ini..apa yang paling harapkan diwaktu ini adalah sokongan daripada kawan2..aku harap dorang akan mengerti penderitaan yang aku sedang hadapi kini..tapi ternyata sia2, mereka langsung tidak dapat melihat prubahan pada diri aku..ye, benar..aku xmengharapkan simpati dan belas ihsan daripada mereka, tetapi cubalah mengerti penderitaan sahabatmu ini..cukuplah kenangan lalu menjadi sandaran dalam menghadapi perhubungan ini...andai kata aku tidak bernafas lagi besok..sedekahkan lah fatehah agar aku tenang disana...Ya allah sesungguhnya aku adalah selemah2 hamba yang tidak dapat menanggung ujian mu ini ya allah..semakin hari aku rasakan penyakit ini semakin menguasai diri ku nie..aku kian lemah,..namun harapan daripada ayah dan mama yang ingin melihat aku berjaya tetap aku beri seluas-luas ruang untuk aku mencari kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan ini yang belum pasti entah bila akan selesai..erm,entahlah kenape aku yang dipilih untuk menghadapi saat getir ini..kenape aku??mungkin allah sayang akan diriku, maka dengan itu dia menguji diriku??aku perlu sabar..aku perlu kuat untuk menghadapi penyakit yang tidak mempunyai penawar ini...andai aku pergi dulu..buatlah pengajaran wahai sahabatku,,hindarilah daripada penyakit ini kerana penyakit ini bernama malass....